Rabu, 8 Februari 2012

Tugasan Unit PPISMP S1 (GSTT) PJK (SK)

Sila baca tajuk fungsi bahasa Melayu, iaitu;

1. Fungsi Bahasa Ilmu
2. Fungsi Bahasa Pengantar

Jumpa waktu kuliah nanti.

Dr. Khairuddin Mohamad

Tugasan Unit PPISMP (PRA SEKOLAH)

Sila baca tajuk halangan komunikasi dan dapat maklumat lanjut tentang tiga halangan tersebut.

1. Penyampai
2. Penerima
3. Persekitaran

Jumpa waktu kuliah nanti.

Dr. Khairuddin

Jumaat, 3 Februari 2012

Tugasan BMM3105 Unit PISMP S3 (Major BM)

Amali BM Berbantukan Komputer (BMM3105)

Tarikh : 3/2/2012 (Jumaat) 2.45-4.45 petang di Bilik Simulasi KSSR
Sasaran : Unit PISMP Semester 3 Major Bahasa Melayu

Arahan : Sila masukkan 5 latihan berikut dalam Tapak Web P&P anda seperti berikut;

Latihan 1 - Latihan Bacaan dan Kefahaman
Latihan 2 - Karangan Autobiografi "Aku Sebuah Basikal"
Latihan 3 - Tatabahasa (Lengkapkan tempat kosong)
Latihan 4 - Melengkapkan pembayang untuk pantun 4 kerat
Latihan 5 - Pilihan sendiri

Sekian.

Dr. Khairuddin Mohamad

Khamis, 2 Februari 2012

Penanda Wacana

Empat Fungsi Utama Penanda Wacana
Fungsi menunjukkan maksud:
a. Tambahan
b. Sebaliknya
c. Sebab; dan
d. ketika.
(a) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Tambahan
Antara penanda wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
(i) Ini bererti;
(ii) Sejajar dengan ini;
(iii) Pendek kata;
(iv) Justeru; dan
(v) Sebagai tambahan.
(b) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Maksud Sebaliknya
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah:
(i) Sungguhpun;
(ii) Berbanding dengan;
(iii) Dalam masa yang sama;
(iv) Sebaliknya; dan
(v) Walau bagaimana sekalipun.
(c) Penanda Wacana untuk Menunjukkan Sebab
Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah:
(i) Berdasarkan;
(ii) Berpegang pada;
(iii) Sekiranya begitu;
(iv) Akibatnya; dan
(v) Kesudahannya.
(d) Penanda Wacana yang Menunjukkan Maksud Ketika
Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika ialah:
(i) Merujuk;
(ii) Berbalik kepada;
(iii) Akhirnya;
(iv) Sementara itu; dan
(v) Sejenak kemudian.