Sabtu, 16 Februari 2013

Masalah dalam Bacaan.

1 Keliru dengan huruf (a) Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’ dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil. (b) Huruf yang terbalik. (c) Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh ‘b’, ‘p’, dan ‘d’. (d) Menyebut huruf mengikut telor atau loghat bahasa ibunda. (e) Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah. 2 Kesukaran dalam pengamatan (a) Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. (b) Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca. (c) Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya. (d) Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan. (e) Menggugurkan bunyi suku kata dalam perkataan. (f) Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya. (g) Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. (h) Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. (i) Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat. 3 Membatang suku kata (a) Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup. (b) Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet. (c) Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku kata. (d) Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan. (e) Salah memecah dan membatang suku kata. (f) Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata. (g) Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal berganding. (h) Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal per¬kataan. Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Contohnya ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’. 4 Sukar membaca ayat (a) Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain. (b) Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai. (c) Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali. (d) Membaca secara merangkak-rangkak. (e) Membaca mengikut loghat masing-masing.