Selasa, 1 Julai 2014

Jenis-jenis bacaan

1 Bacaan mekanis Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 2 Bacaan mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu di¬laksanakan dalam hati tanpa suara setelah murid menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat, idea atau buah fikiran. 3 Bacaan intensif Bacaan intensif ialah bacaan secara mendalam yang dilaksanakan dengan tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembangkan pembelajaran bahasa murid; memberikan penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan per¬bendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembangkan usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelebihan latihan. 4 Bacaan ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan murid mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Sabtu, 14 Jun 2014

Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan

Seorang pengkaji yang baik dan beretika perlulah terlebih dahulu mengetahui tujuan dia ingin menjalankan sesuatu kajian itu. Hal ini penting supaya kajian tersebut berada pada landasan yang betul dan tidak terpesong. Dalam waktu yang sama, ini dapat mengelakkan pembaziran dari segi masa, tenaga dan wang ringgit kerana kerap bertukar tajuk, objektif atau soalan kajian. Justeru itu terdapat empat tujuan dalam menjalankan penyelidikan dalam pendidikan, iaitu penerokaan, penghuraian, penerangan dan ramalan. (A) Penerokaan - Meneroka bermaksud menjalankan pemeriksaan terhadap sesuatu perkara yang belum jelas. Biasanya kajian dijalankan adalah untuk menerokai apabila ada sesuatu masalah yang masih dalam peringkat awal atau isu yang diterokai itu masih baharu. Justeru amalan meneroka ini digunakan untuk menjawab beberapa soalan yang menggunakan kata tanya seperti apa, mengapa dan bagaimana. Contohnya untuk melihat keberkesanan program Bina Insan Guru kepada guruguru yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG). Kajian boleh dijalankan untuk meneroka apakah masalah yang dihadapi mereka semasa mengikuti aktiviti air dan sebagainya. Jadi, tujuan penerokaan berlaku dalam situasi seperti ini. Maklumat yang terkumpul boleh dijadikan sebagai panduan atau penambahbaikan bagi aktiviti yang sama tetapi kumpulan sasaran yang berbeza pada tahun yang berikutnya. (B) Penghuraian - Tujuan penyelidikan dalam pendidikan yang kedua ialah penghuraian. Apakah yang dimaksudkan dengan penghuraian? Penghuraian bermaksud menerangkan sesuatu perkara atau kejadian secara panjang lebar dan tersusun. Penyelidikan dalam pendidikan dijalankan untuk menghuraikan beberapa perkara yang memerlukan penjelasan lebih lanjut. Antara perkara yang boleh dijalankan untuk tujuan penghuraian ialah seperti sifat murid-murid yang gemar ponteng sekolah, ciri-ciri guru yang ikhlas mengajar di dalam bilik darjah dan sebagainya. Dalam konteks penyelidikan pendidikan untuk bahasa Melayu, elakkan penggunaan bahasa yang berbelit-belit dan terlalu panjang. Ayat yang digunakan pengkaji biarlah ringkas dan tepat tetapi tidak pula mencacatkan huraian yang ingin disampaikan disebabkan huraian yang terlalu ringkas tadi. (C) Penerangan- Tujuan penyelidikan dalam pendidikan yang ketiga ialah menerangkan sesuatu isu atau perkara dari tidak diketahui hingga menjadi diketahui oleh pihak yang memerlukan. Penerangan dari segi bahasa bermaksud menjelaskan sesuatu perkara supaya menjadi jelas dan terang. Justeru, semasa sesuatu kajian itu dijalankan, pengkaji berperanan besar untuk menerangkan atau menjelaskan hasil penemuan atau dapatan kajian kepada umum. Bagi tujuan ini, pengkaji boleh membawa masuk beberapa maklumat sokongan seperti dapatan kajian oleh pengkaji terdahulu sebagai penerangan sampingan yang boleh digunakan untuk mengukuh dan menyokong lagi hujah yang diberi. (D) Ramalan- Tujuan terakhir penyelidikan dalam pendidikan adalah untuk membuat ramalan. Apakah itu ramalan? Meramal bermaksud sesuatu perkara yang menjadi pegangan oleh seseorang untuk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yang akan berlaku pada akhir peristiwa. Ramalan juga membawa maksud menduga, mentelah atau meneka yang disertai dengan bukti. Penyelidikan dalam pendidikan juga bertujuan membuat ramalan tentang kesudahan sesuatu isu yang dikaji pada masa-masa akan datang. Contohnya, menjalankan kajian untuk mengetahui sama ada calon siswa guru yang mendapat skor tinggi dalam Ujian Kemasukan Guru ke IPGM merupakan jaminan untuk mereka menjadi seorang guru terlatih yang cemerlang dan terbilang pada masa akan datang atau sebaliknya.

Ciri-ciri dalam Penyelidikan Pendidikan

(A) Empirikal - Empirikal bermaksud kebergantungan kepada keputusan eksperimen atau pemerhatian sebelum membuat sesuatu keputusan. Penyelidikan dalam pendidikan dikatakan berbentuk empirikal kerana setiap data yang hendak digunakan oleh seseorang pengkaji dikutip melalui proses pemerhatian, pengalaman atau pengujian yang sebenar. Maknanya, data tersebut bukan “agakan” atau “tekaan” sebaliknya mempunyai bukti dan sering kali dikutip secara langsung daripada responden kajian. Apakah kaedah yang digunakan? Data kajian sebenarnya boleh dikutip melalui pelbagai kaedah. Contohnya, melalui soal selidik, pengkaji memerhati responden dalam situasi tertentu seperti bilik darjah, atau melalui analisis dokumen seperti melihat buku kedatangan murid dan rekod profil murid dengan menggunakan senarai semak yang telah disediakan. (B)Sistematik - Sistematik bermaksud mempunyai peraturan atau ketetapan tersendiri yang perlu diikuti atau dipatuhi. Penyelidikan dalam pendidikan pula dikatakan bersistematik kerana proses penyelidikan yang dirancang dan diurus dengan teliti serta mengikuti prosedur-prosedur tertentu. Kesemua ini adalah perlu untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan penyelidikan. Contohnya, sebelum pengkaji menjalankan kajian, hendaklah dia terlebih dahulu menyediakan “Proposal Kajian” atau dikenal sebagai “Cadangan Kajian”. Apabila proposal kajian diluluskan, baharulah baik untuk pengkaji meneruskan proses seterusnya seperti memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu seperti EPRD, Jabatan Pendidikan Negeri dan guru besar sekolah terlibat. Pengkaji tidak boleh mendahulukan kerja-kerja mengutip data tanpa kebenaran pihak yang terlibat. (C)Langkah Logik Langkah logik bermaksud beberapa tindakan yang perlu diambil dan boleh diterima akal atau munasabah. Penyelidikan dalam pendidikan perlu mengikuti langkah-langkah logikal yang lazim digunakan. Biasanya, penyelidikan jenis ini akan bermula dengan proses mengenal pasti masalah dan diikuti dengan tinjauan literatur, pembentukan soalan kajian, pengumpulan data, penganalisisan data dan rumusan kajian. Hal ini diikuti dengan cadangan hipotesis untuk menerangkan sesuatu fenomena dan kemudian menjalankan langkah-langkah penyelidikan untuk menentukan sama ada hipotesis yang dicadangkan itu boleh diterima atau tidak. Penyelidikan juga dijalankan secara objektif iaitu semua dapatan berdasarkan bukti empirikal. (D) Kaedah Saintifik - Saintifik bermaksud penyelidikan dalam pendidikan dikatakan mengikuti kaedah atau prinsip sains iaitu satu ilmu pengetahuan yang sifatnya teratur dan boleh diuji atau dibuktikan kebenaranya. Contohnya, seseorang penyelidik yang memulakan kajiannya dengan berpegang kepada salah satu hipotesisnya iaitu masalah disiplin di sekolah semakin rumit disebabkan pengaruh media massa. Kemudian beliau akan menjalankan langkah seperti mengumpul data melalui soal selidik atau memerhatikan murid di beberapa buah sekolah untuk mengumpul data bagi menentukan sama ada hipotesisnya itu boleh diterima atau tidak.

Khamis, 16 Mei 2013

SEJARAH PENDIDIKAN PEMULIHAN DI MALAYSIA

Sejarah Pendidikan Pemulihan bermula di luar negara iaitu di Amerika selepas termaktubnya Public Law 94-142. Akta Pendidikan untuk kanak-kanak khas ini menjelaskan bahawa semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas wajib menerima pendidikan di sekolah-sekolah biasa dan sekolah khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baharu iaitu IDEA (Individuals with Disabilities Education Act) dan diperluaskan. Melalui akta ini, pendidikan untuk semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan. Undang-undang ini menunjukkan betapa pentingnya kanak-kanak pemulihan dan berkeperluan khas diberikan perhatian. Antara yang ditekankan ialah; 1. Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak berkeperluan khas. 2. Pendidikan untuk kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalang mereka untuk berkembang. 3. Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen yang bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. 4. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Guru Pemulihan Khas dan Guru Pendidikan Khas perlu menyediakan rancangan pelajaran individu bagi setiap murid pemulihan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Guru hendaklah merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid-murid pemulihan dalam satu-satu jangka masa tertentu dengan mengambil kira potensi dan kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini, konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru terlibat sama dalam merancang pendidikan pemulihan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai intergrasi atau inklusif. Sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada pengasingan iaitu kanak-kanak ini belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada Negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-Kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuh pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak khas oleh pelbagai golongan pakar ke atas keperluan mengikut pendidikan. Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak khas diganti dengan konsep intergrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Di Malaysia, program pemulihan bermula pada tahun 1965 apabila tiga orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai Sembilan orang guru telah mendapat latihan di luar negara. Program pendidikan pemulihan bermula sebagai ‘pilot project’ di Sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula pada awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati Program Pendidikan Pemulihan amat perlu bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Dari tahun 1968 hingga 1974, kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus dalam bidang pendidikan pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Hasil daripada laporan tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif. Pada tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk sekolah rendah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan yang dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang menghadapi masalah yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Kursus Dalam Cuti. Peserta-peserta kursus adalah terdiri daripada guru-guru terlatih di sekolah-sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut; i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedua iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga Pada tahun 1977, kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1981, kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek. Pada Tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi focus kepada 3M dan murid-murid yang tidak menguasainya dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan Pembelajaran pada Tahap 1 (Tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan asas 3M. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam teras ketiga: Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan teras keempat: Merapatkan Jurang Pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia turut memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan dan menyediakan guru pemulihan khas terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM). (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Beberapa program pemulihan telah dilaksanakan oleh Kementeria Pelajaran Malaysia untuk memastikan semua kanak-kanak tidak tercicir dalam pendidikan arus perdana. Antara program yang telah diperkenalkan ialah; (a) KIA2M KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancang khusus untuk membantu murid-murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu secara sepenuh masa di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Di Sekolah Kebangsaan, program ini dijalankan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 12 waktu dan 9 waktu di Sekolah Jenis Kebangsaan. (b) Program Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas ialah program yang dijalankan di sekolah khas atau kelas yang khusus untuk murid-murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program ini dilaksanakan bertujuan agar semua murid berpeluang mendapatkan pendidikan bermula daripada intervensi awal. (c) Program KEDAP KEDAP ialah program kelas dewasa untuk ibu bapa murid orang Asli, Penen dan Pribumi. Tujuannya adalah untuk mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan mereka di seluruh Negara. Pelaksanaannya dibuat berdasarkan keperluan ibu bapa murid orang Asli, Penan dan Pribumi yang kurang memberikan motivasi dan membantu anak-anak dalam pelajaran kerana mereka tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Matlamat utama kurikulum KEDAP adalah membantu mereka untuk meningkatkan tahap literasi dan membentuk sikap positif terhadap pembelajaran sepanjang hayat. (Khairuddin, 2011) (d) PROTIM PROTIM Bahasa Melayu dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Sasaran program PROTIM adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Pada tahun 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pemulihan Khas dan Intervensi (P1NCH) yang dilaksanakan secara menyeluruh di sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk mencapai sasaran sifar Literasi dan Numerasi (3M) dengan mengenalpasti dan membantu murid-murid yang gagal menguasai kemahiran asas tersebut. Antara tindakan bagi pelaksanaan P1NCH merangkumi; 1. Program Pemulihan Khas Tahun 2 • Semua murid LINUS Pemulihan/Tegar akan mengikuti Program Pemulihan Khas (LINUS) di sekolah. • Modul LINUS Tahun 2 dan Modul Pemulihan sedia ada hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid tersebut akan menduduki Saringan 4,5 dan 6 dalam Program LINUS 2. Program Pemulihan Khas Tahun 3 • Murid pemulihan khas di tahun 2 (2010) yang gagal dalam Ujian Pelepasan perlu mengikuti program pemulihan khas 3. Program Pemulihan Tahun 4, 5 dan 6 • Murid Tahun 4, 5 dan 6 yang masih tidak menguasai 3M perlulah menjalani program pemulihan mengikut konsep KBSR (Pemulihan dalam Bilik Darjah) yang dipertanggungjawabkan kepada guru mata pelajaran yang berkenaan. Walau bagaimanapun guru pemulihan khas boleh membantu murid tersebut. 4. Program Intervensi 3M Sekolah Menengah Perkembangan Program Pemulihan Khas menunjukkan pendidikan universal diutamakan yang merupakan salah satu daripada komponen utama program Pendidikan Untuk Semua dan Pendidikan Sepanjang Hayat serta merupakan strategi untuk mewujudkan pendemokrasian pendidikan. Keutamaan ini diberikan kepada ketiga-tiga aspek pendidikan sejagat iaitu Universal Access kepada pendidikan rendah, kadar menamatkan persekolahan yang tinggi dan pencapaian maksimum. (Special Education Department, 1999)

Isnin, 6 Mei 2013

Apa itu Bahasa Rojak?

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Kini Bahasa Rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda. Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di Malaysia,sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Dari segi sejarahnya, bahasa rojak dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila perdagangan antarabangsa ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka. Pelabuhan ini telah berjaya menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80 bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Dari peristiwa inilah maka proses awal bahasa rojak dikatakan berlaku di negara kita.

Rabu, 1 Mei 2013

Literasi Bahasa Melayu - Kesediaan Membaca

Kesediaan membaca murid-murid berkait secara langsung dengan pen¬didikan literasi. Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang murid untuk membaca adalah merujuk kepada kesediaan mereka untuk menerima pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. Ini melibatkan pelbagai aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, termasuklah proses mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Umumnya bagi seorang murid yang tidak pernah didedahkan dengan apa jua aktiviti bacaan, bermakna kesediaan membaca yang akan dilalui mereka merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya. Dari segi fizikalnya, kemampuan kanak-kanak boleh dilihat dari tiga sudut, iaitu keupayaan alat-alat sebutannya (artikulasi) menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam pelbagai bunyi-bunyi. Manakala dari segi emosi pula, kemampuan seseorang murid dapat dilihat dari dua aspek, iaitu minatnya terhadap bahan-bahan bacaan berkenaan. Ini termasuk kemampuan kanak-kanak boleh bermain dengan bahan bacaan, dapat membelek-belek bahan bacaan berkenaan, tertarik dengan bahan bacaan serta pengaruh rakan-rakan yang minat membaca. Kedua, minatnya untuk mendengar bahan bacaan terutama dalam bentuk cerita. Dari segi mental pula, kemampuan seorang kanak-kanak dapat dilihat dari dua aspek berikut, iaitu keupayaannya mengingat kembali maklumat yang didengar dan kebolehan mengeluarkan maklumat yang telah diketahuinya. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa jua yang telah diketahuinya. Rumusannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Kajian menunjukkan kanak-kanak bersedia membaca seawal umur empat tahun. Selain faktor fizikal, emosi dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak seusianya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Jumaat, 26 April 2013

Faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

2.4 Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca 1 Keadaan fizikal (a) Mata yang sempurna dan penglihatan yang baik. (b) Telinga yang sempurna dan pendengaran yang jelas. (c) Keadaan alat pertuturan yang sempurna. (d) Dari segi jantina, kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran membaca. (e) Kemampuan urat saraf dan otot yang sempurna terutama mata dan tangan. (f) Pertumbuhan fizikal dan kesihatan secara yang sempurna. 2 Pengaruh pengalaman dan persekitaran (a) Mempunyai pengalaman asas bacaan peringkat awal. (b) Faktor persekitaran yang memberikan pelbagai motivasi. 3 Kecerdasan dan perkembangan kognitif (a) Murid-murid dilahirkan dalam keadaan kecerdasan dan perkembangan kognitif yang stabil dan sempurna. (b) Proses perkembangan otak yang normal. 4 Daya diskriminasi (pengamatan) Murid mempunyai pengamatan pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak terganggu. 5 Penguasaan bahasa Murid menguasai bahasa kerana bahasa merupakan alat berfikir dan me¬lahirkan kehendak, rasa dan cita rasa. 2.5 Masalah dalam Bacaan 1 Keliru dengan huruf (a) Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’ dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil. (b) Huruf yang terbalik. (c) Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh ‘b’, ‘p’, dan ‘d’. (d) Menyebut huruf mengikut telor atau loghat bahasa ibunda. (e) Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah. 2 Kesukaran dalam pengamatan (a) Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. (b) Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca. (c) Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya. (d) Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan. (e) Menggugurkan bunyi suku kata dalam perkataan. (f) Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya. (g) Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. (h) Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. (i) Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat. 3 Membatang suku kata (a) Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup. (b) Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet. (c) Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku kata. (d) Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan. (e) Salah memecah dan membatang suku kata. (f) Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata. (g) Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal berganding. (h) Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal per¬kataan. Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Contohnya ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’. 4 Sukar membaca ayat (a) Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain. (b) Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai. (c) Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali. (d) Membaca secara merangkak-rangkak. (e) Membaca mengikut loghat masing-masing. 2.6 Jenis Bacaan 1 Bacaan mekanis Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 2 Bacaan mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu di¬laksanakan dalam hati tanpa suara setelah murid menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat, idea atau buah fikiran. 3 Bacaan intensif Bacaan intensif ialah bacaan secara mendalam yang dilaksanakan dengan tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembangkan pembelajaran bahasa murid; memberikan penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan per¬bendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembangkan usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelebihan latihan. 4 Bacaan ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan murid mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Jumaat, 19 April 2013

Kaedah Fonetik

Merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara huruf (simbol) dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak peringkat ini, malah menyusahkan kerana lambat untuk menguasainya, mengelirukan dan membebankan memori mereka. Konsep Kaedah Fonetik Membaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Seterusnya mereka perlu kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan. Lazimnya seorang kanak-kanak yang normal boleh mengecam dan membezakan bunyi dan bentuk seawal usia tiga tahun. Penggunaan teknik yang betul membolehkan kanak-kanak mengenal bunyi dan mengaitkannya dengan bentuk huruf yang ditunjukkan kepada mereka dengan cepat dan pantas. Mereka juga dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan dengan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai). Satu lagi teknik mengajar bunyi yang boleh diperkenalkan guru adalah menggunakan asosiasi, iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi; untuk membunyikan ‘aa’, guru bolehlah mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku di persekitaran murid-murid seperti terkena makanan panas, iaitu melalui jeritan ‘aaaaaaa panasnya’, bunyi ‘ee’ dikaitkan dengan rasa geli dan jijik melihat kotoran, iaitu ‘eeeeeeee kotornya’ atau bunyi ‘oo’ dikaitkan dengan bunyi ‘ooooooo macam tu’ sebagai tanda setuju terhadap sesuatu tindakan yang disenangi dan sebagainya. Manakala asosiasi gambar pula, guru bolehlah menggunakan kad imbasan seperti gambar ayam untuk bunyi ‘aa’, gambar emak untuk bunyi ‘ee’ dan sebagainya. Melalui teknik asosiasi ini, murid-murid dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Guru juga tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekali gus tetapi memadai dengan beberapa bunyi asas dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal, maka wajarlah bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Hal ini kerana, ‘a’, ‘i’, ‘u’ lebih banyak penggunaannya berbanding ‘e’, dan ‘o’. Manakala bunyi-bunyi konsonan yang perlu diperkenalkan dahulu dan mudah ialah seperti ‘k’, ‘s’, ‘t’, ‘d’, ‘r’, ‘l’, ‘m’, ‘g’ dan ‘n’. Justeru, guru perlu perkenalkan bunyi-bunyi yang senang disebut oleh murid-murid terlebih dahulu berbanding bunyi sukar.

Rabu, 17 April 2013

Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

1 Keadaan fizikal (a) Mata yang sempurna dan penglihatan yang baik. (b) Telinga yang sempurna dan pendengaran yang jelas. (c) Keadaan alat pertuturan yang sempurna. (d) Dari segi jantina, kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran membaca. (e) Kemampuan urat saraf dan otot yang sempurna terutama mata dan tangan. (f) Pertumbuhan fizikal dan kesihatan secara yang sempurna. 2 Pengaruh pengalaman dan persekitaran (a) Mempunyai pengalaman asas bacaan peringkat awal. (b) Faktor persekitaran yang memberikan pelbagai motivasi. 3 Kecerdasan dan perkembangan kognitif (a) Murid-murid dilahirkan dalam keadaan kecerdasan dan perkembangan kognitif yang stabil dan sempurna. (b) Proses perkembangan otak yang normal. 4 Daya diskriminasi (pengamatan) Murid mempunyai pengamatan pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak terganggu. 5 Penguasaan bahasa Murid menguasai bahasa kerana bahasa merupakan alat berfikir dan me¬lahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

Sabtu, 16 Februari 2013

Masalah dalam Bacaan.

1 Keliru dengan huruf (a) Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’ dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil. (b) Huruf yang terbalik. (c) Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh ‘b’, ‘p’, dan ‘d’. (d) Menyebut huruf mengikut telor atau loghat bahasa ibunda. (e) Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah. 2 Kesukaran dalam pengamatan (a) Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. (b) Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca. (c) Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya. (d) Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan. (e) Menggugurkan bunyi suku kata dalam perkataan. (f) Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya. (g) Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. (h) Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. (i) Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat. 3 Membatang suku kata (a) Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup. (b) Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet. (c) Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku kata. (d) Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan. (e) Salah memecah dan membatang suku kata. (f) Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata. (g) Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal berganding. (h) Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal per¬kataan. Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Contohnya ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’. 4 Sukar membaca ayat (a) Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain. (b) Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai. (c) Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali. (d) Membaca secara merangkak-rangkak. (e) Membaca mengikut loghat masing-masing.

Rabu, 8 Ogos 2012

Sistem Bunyi Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1.
Bibir atas
11.
Tengah lidah
2.
Bibir bawah
12.
Belakang lidah
3.
Gigi atas
13.
Akar lidah
4.
Gigi bawah
14.
Epiglotis
5.
Gusi
15.
Pita suara
6.
Lelangit keras
16.
Rongga tekak
7.
Lelangit lembut
17.
Rongga Hidung
8.
Anak tekak
18.
Rongga mulut
9.
Hujung lidah
19.
Rahang
10.
Hadapan lidah
20.
Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas
Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e).
Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang
Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko, orang
Vokal Belakang Separuh Luas
Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.
Contoh: enam, empat, kenduri, gerai
DIFTONG
Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

Ahad, 5 Ogos 2012

Asal Usul Bahasa Melayu

SIRI NOTA BMM3112

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.





Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.


Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)



Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.



Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

  • ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

sumber: http://www.tutor.com.my/