Jumaat, 22 Januari 2010

Al-Fatihah

DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.Baginda berusia 77 tahun. Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Sesungguhnya, patik sebagai anak jati negeri Johor dan kini di perantauan amat sedih atas kemangkatan Almarhum. Al-Fatihah ...

Selasa, 19 Januari 2010

Tawaduk dan Orang Kampung'

Minggu ini (minggu ketiga bulan januari), saya dihampiri seorang pensyarah senior yang melontarkan seribu satu persoalan yang lazim saya terima. Kemuncak persoalan berbunyi "Dengar cerita JPM nak buat program kat Lonek (Kampong Lonek, Batu Kikir), mana dapat duit ha ..!" Perlakuan saya seperti lazim juga, sedikit tersenyum dan berhati-hati menyusun kata, lantas saya jawab "Tanya KJ". Moralnya di sini ialah bukan kerana kedekut ilmu tetapi tidak mahu bermegah dengan sedikit kelebihan "berkomunikasi" yang Allah SWT berikan serta akal fikiran yang sihat. Rumusan mudah ini saya buat setelah beliau merumuskan hujahnya "Saya dah cuba dua, tiga kali tetapi tak dapatlah..." Yang penting, walaupun setinggi mana kehebatan kita di dunia ini, 'tawaduq' itu perlu ada serta menjadi amalan kita. Dipendekkan cerita lagi, orang kampung biasanya tidak pandai meninggi diri bila berbicara. Fikirkanlah ... Wassalam.

Menawarkan tempat KPLI ambilan Januari 2010 biarlah ikhlas

Saya kira Unit Pengambilan BPG perlu 'ikhlas' apabila membuat tawaran mengikuti KPLI kepada calon yang berjaya ke IPG. Apa tidaknya, mereka yang ditawarkan tempat hanya tahu 100% menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara tu bagus dan saya sokong. Tetapi kenapa seperti 'sorok-sorok' dan macam tak ikhlas ? Bagaimana bagi kes calon yang berjaya tetapi tidak berpeluang melayari internet ? Saya difahamkan ada waris calon yang memeriksa laman web KPM sekerap 24 jam, tetapi adiknya tidak berjaya. Setidak-tidaknya adalah usaha untuk menghubungi menerusi telefon. Atau buat iklan atau pemberitahuan di media masa (tv3, tv9 dll.) tarikh keputusan akan dikeluarkan dan jemput calon layari internet. Komen saya ini ikhlas, ekoran dari kejadian di mana sebuah IPG sepatutnya menerima pendaftaran KPLI seramai 80 orang tetapi yang datang hanya 40 orang. Mungkin mereka tidak tahu yang mereka mendapat tempat di IPG. Akhirnya kita rugi masa dan tenaga.

Isnin, 18 Januari 2010

Mesyuarat menambah masalah ...

Kadang kala saya berfikir panjang, kenapalah sesuatu mesyuarat tu berjam-jam lamanya ? Saya berpeluang beberapa kali mengikuti mesyuarat dalam kalangan PDRM ketika zaman muda-muda dahulu. Mesyuaratnya 1 jam sahaja tetapi menyelesaikan 1001 masalah. Kalau mereka boleh laksanakan begitu, kenapa tidak kita dalam bidang pendidikan ? Bagi saya, mesyuarat tujuannya menyelesaikan masalah. Tetapi kalau pengerusi mesyuarat tidak pandai kendalikan mesyuarat maka ia akan menambahkan masalah.

Pensyarah serba boleh

Selain tugas rutin harian kita di institut iaitu mendidik bakal guru, sebagai pensyarah kita harus bersedia dengan dua keadaan iaitu hafal doa dan satu lagi satu lagu untuk karaoke. Doa perlu apabila kita kadang kala menjadi 'bidan terjun' untuk majlis keagamaan, manakala satu lagu yang betul-betul hafal perlu apabila kita dijemput secara tiba-tiba untuk berkaraoke. Tambah satu lagi, kita yang lelaki ni kena pandai bawa tahlil ringkas ... Pengalaman pertama kali bawa tahlil ringkas di rumah Pn. Siti Normaniseh.

Jumaat, 15 Januari 2010

Salam Takziah

Saya dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Pn. Siti Normaniseh Zakaria, di atas kembalinya kerahmatullah ayahanda tercinta pada hari jumaat malam sabtu 15 Januari 2010. Alamat kediaman : Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin !

Selasa, 12 Januari 2010

BIG dan amalan bersedekah jariah

11-13 Januari, 2010 telah berlangsung BIG melibatkan tiga kumpulan PISMP Ambilan Januari 2010, iaitu Pemulihan BM, Sains dan Pengajian Tamil. Sebagai tutor kumpulan Pemulihan BM, saya terlibat secara langsung untuk menjayakan BIG siri 1/2010 kali ini. Ada pro dan kontra pelaksanaan BIG kali ini. Baiknya kerana pelaksanaannya secara berhemah dan ini memberi peluang kepada semua pensyarah tutor untuk menambah pahala amal jariah, dari aspek sedekah masa, tenaga, idea dan wang ringgit. Tidak timbul soal penganjuran di luar lebih baik dan berkesan berbanding pelaksanaan dalam kampus institut. Yang penting pengisian mengikut modul yang ditetapkan BPG serta kelayakan jurulatih yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma yang kurang baiknya ialah aspek penghayatan alam sekitar tidak berlaku secara total. Jika adapun boleh dibilang dengan jari. Apapun tahniah kepada semua peserta dan para pensyarah yang terlibat menjayakan BIG kali ini.

Sabtu, 9 Januari 2010

Soalan Tugasan Projek BM Akademik

Kepada semua pelajar PPISMP Ambilan Julai 2009, yang mengambil subjek Bahasa Melayu Akademik 1 bolehlah cetak keluar soalan tugasan di ruangan pautan Bahasa Melayu Akademik 1, di laman blog JPM. Tugasan projek kali ini agak mudah sahaja dan berkait secara langsung dengan Program Jejak Budaya 3, yang akan diadakan pada 26-18 Mac, 2010 di Kampong Lonek, Batu Kikir. Sebahagian dari soalan tersebut, pelajar dah boleh buat dengan membuat rujukan di internet, buku, majalah dan sebagainya. Sebarang masalah sila berbincang dengan pensyarah BM Akademik 1 masing-masing. Selamat membuat assignment. Dr. Khairuddin Mohamad.

Tahun baru, blog baru ...

Insyallah, tahun 2010 memperlihatkan reka bentuk blog baru. Blog lama saya telah pautkan ke MERPATI PUTIH MENULIS. Terima kasih kepada semua pembaca. Dr. Khairuddin Mohamad