Selasa, 12 Januari 2010
BIG dan amalan bersedekah jariah
11-13 Januari, 2010 telah berlangsung BIG melibatkan tiga kumpulan PISMP Ambilan Januari 2010, iaitu Pemulihan BM, Sains dan Pengajian Tamil. Sebagai tutor kumpulan Pemulihan BM, saya terlibat secara langsung untuk menjayakan BIG siri 1/2010 kali ini. Ada pro dan kontra pelaksanaan BIG kali ini. Baiknya kerana pelaksanaannya secara berhemah dan ini memberi peluang kepada semua pensyarah tutor untuk menambah pahala amal jariah, dari aspek sedekah masa, tenaga, idea dan wang ringgit. Tidak timbul soal penganjuran di luar lebih baik dan berkesan berbanding pelaksanaan dalam kampus institut. Yang penting pengisian mengikut modul yang ditetapkan BPG serta kelayakan jurulatih yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma yang kurang baiknya ialah aspek penghayatan alam sekitar tidak berlaku secara total. Jika adapun boleh dibilang dengan jari. Apapun tahniah kepada semua peserta dan para pensyarah yang terlibat menjayakan BIG kali ini.