Selasa, 19 Januari 2010
Menawarkan tempat KPLI ambilan Januari 2010 biarlah ikhlas
Saya kira Unit Pengambilan BPG perlu 'ikhlas' apabila membuat tawaran mengikuti KPLI kepada calon yang berjaya ke IPG. Apa tidaknya, mereka yang ditawarkan tempat hanya tahu 100% menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Cara tu bagus dan saya sokong. Tetapi kenapa seperti 'sorok-sorok' dan macam tak ikhlas ? Bagaimana bagi kes calon yang berjaya tetapi tidak berpeluang melayari internet ? Saya difahamkan ada waris calon yang memeriksa laman web KPM sekerap 24 jam, tetapi adiknya tidak berjaya. Setidak-tidaknya adalah usaha untuk menghubungi menerusi telefon. Atau buat iklan atau pemberitahuan di media masa (tv3, tv9 dll.) tarikh keputusan akan dikeluarkan dan jemput calon layari internet. Komen saya ini ikhlas, ekoran dari kejadian di mana sebuah IPG sepatutnya menerima pendaftaran KPLI seramai 80 orang tetapi yang datang hanya 40 orang. Mungkin mereka tidak tahu yang mereka mendapat tempat di IPG. Akhirnya kita rugi masa dan tenaga.