Jumaat, 26 April 2013
Faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
2.4 Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca
1 Keadaan fizikal
(a) Mata yang sempurna dan penglihatan yang baik.
(b) Telinga yang sempurna dan pendengaran yang jelas.
(c) Keadaan alat pertuturan yang sempurna.
(d) Dari segi jantina, kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran membaca.
(e) Kemampuan urat saraf dan otot yang sempurna terutama mata dan tangan.
(f) Pertumbuhan fizikal dan kesihatan secara yang sempurna.
2 Pengaruh pengalaman dan persekitaran
(a) Mempunyai pengalaman asas bacaan peringkat awal.
(b) Faktor persekitaran yang memberikan pelbagai motivasi.
3 Kecerdasan dan perkembangan kognitif
(a) Murid-murid dilahirkan dalam keadaan kecerdasan dan perkembangan kognitif yang stabil dan sempurna.
(b) Proses perkembangan otak yang normal.
4 Daya diskriminasi (pengamatan)
Murid mempunyai pengamatan pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak terganggu.
5 Penguasaan bahasa
Murid menguasai bahasa kerana bahasa merupakan alat berfikir dan me¬lahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
2.5 Masalah dalam Bacaan
1 Keliru dengan huruf
(a) Beberapa huruf kecil yang hampir sama bentuknya. Contohnya huruf ‘s’, ‘c’ dan ‘v’ antara huruf besar dan huruf kecil.
(b) Huruf yang terbalik.
(c) Bunyi huruf yang seakan-akan sama. Contoh ‘b’, ‘p’, dan ‘d’.
(d) Menyebut huruf mengikut telor atau loghat bahasa ibunda.
(e) Keliru untuk menamakan huruf besar dan kecil kerana bentuknya berubah.
2 Kesukaran dalam pengamatan
(a) Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
(b) Amalan perlu mengeja sebelum mereka membaca.
(c) Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebutnya.
(d) Gagal membunyikan suku kata dalam perkataan.
(e) Menggugurkan bunyi suku kata dalam perkataan.
(f) Salah sebut perkataan yang seakan-akan serupa bentuknya.
(g) Keliru dengan ejaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
(h) Salah menyebut dan membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
(i) Menyebut perkataan dengan menggunakan loghat.
3 Membatang suku kata
(a) Tidak boleh membatang suku kata terbuka dan tertutup.
(b) Keliru dengan suku kata e taling dan e pepet.
(c) Sukar membunyikan suku kata dengan betul selepas membatang suku kata.
(d) Sukar membunyikan suku VK yang terdapat di awal perkataan.
(e) Salah memecah dan membatang suku kata.
(f) Tidak boleh membatang perkataan yang banyak suku kata.
(g) Keliru untuk membatang perkataan yang berdiftong dan vokal berganding.
(h) Tidak boleh membunyikan perkataan yang berdigraf di awal per¬kataan. Digraf bermaksud dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Contohnya ‘ng’, ‘ny’ dan ‘sy’.
4 Sukar membaca ayat
(a) Gemar menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
(b) Kerap tertinggal semasa aktiviti membaca secara beramai-ramai.
(c) Terpaksa membaca secara berulang-ulang kali.
(d) Membaca secara merangkak-rangkak.
(e) Membaca mengikut loghat masing-masing.
2.6 Jenis Bacaan
1 Bacaan mekanis
Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.
2 Bacaan mentalis
Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu di¬laksanakan dalam hati tanpa suara setelah murid menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat, idea atau buah fikiran.
3 Bacaan intensif
Bacaan intensif ialah bacaan secara mendalam yang dilaksanakan dengan tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembangkan pembelajaran bahasa murid; memberikan penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan per¬bendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembangkan usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelebihan latihan.
4 Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan murid mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.
Jumaat, 19 April 2013
Kaedah Fonetik
Merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara huruf (simbol) dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak peringkat ini, malah menyusahkan kerana lambat untuk menguasainya, mengelirukan dan membebankan memori mereka.
Konsep Kaedah Fonetik
Membaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Seterusnya mereka perlu kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan.
Lazimnya seorang kanak-kanak yang normal boleh mengecam dan membezakan bunyi dan bentuk seawal usia tiga tahun. Penggunaan teknik yang betul membolehkan kanak-kanak mengenal bunyi dan mengaitkannya dengan bentuk huruf yang ditunjukkan kepada mereka dengan cepat dan pantas. Mereka juga dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan dengan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Satu lagi teknik mengajar bunyi yang boleh diperkenalkan guru adalah menggunakan asosiasi, iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi; untuk membunyikan ‘aa’, guru bolehlah mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku di persekitaran murid-murid seperti terkena makanan panas, iaitu melalui jeritan ‘aaaaaaa panasnya’, bunyi ‘ee’ dikaitkan dengan rasa geli dan jijik melihat kotoran, iaitu ‘eeeeeeee kotornya’ atau bunyi ‘oo’ dikaitkan dengan bunyi ‘ooooooo macam tu’ sebagai tanda setuju terhadap sesuatu tindakan yang disenangi dan sebagainya. Manakala asosiasi gambar pula, guru bolehlah menggunakan kad imbasan seperti gambar ayam untuk bunyi ‘aa’, gambar emak untuk bunyi ‘ee’ dan sebagainya. Melalui teknik asosiasi ini, murid-murid dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.
Guru juga tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekali gus tetapi memadai dengan beberapa bunyi asas dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal, maka wajarlah bunyi-bunyi ‘a’, ‘i’, ‘u’ diperkenalkan terlebih dahulu. Hal ini kerana, ‘a’, ‘i’, ‘u’ lebih banyak penggunaannya berbanding ‘e’, dan ‘o’. Manakala bunyi-bunyi konsonan yang perlu diperkenalkan dahulu dan mudah ialah seperti ‘k’, ‘s’, ‘t’, ‘d’, ‘r’, ‘l’, ‘m’, ‘g’ dan ‘n’. Justeru, guru perlu perkenalkan bunyi-bunyi yang senang disebut oleh murid-murid terlebih dahulu berbanding bunyi sukar.
Rabu, 17 April 2013
Faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca
1 Keadaan fizikal
(a) Mata yang sempurna dan penglihatan yang baik.
(b) Telinga yang sempurna dan pendengaran yang jelas.
(c) Keadaan alat pertuturan yang sempurna.
(d) Dari segi jantina, kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran membaca.
(e) Kemampuan urat saraf dan otot yang sempurna terutama mata dan tangan.
(f) Pertumbuhan fizikal dan kesihatan secara yang sempurna.
2 Pengaruh pengalaman dan persekitaran
(a) Mempunyai pengalaman asas bacaan peringkat awal.
(b) Faktor persekitaran yang memberikan pelbagai motivasi.
3 Kecerdasan dan perkembangan kognitif
(a) Murid-murid dilahirkan dalam keadaan kecerdasan dan perkembangan kognitif yang stabil dan sempurna.
(b) Proses perkembangan otak yang normal.
4 Daya diskriminasi (pengamatan)
Murid mempunyai pengamatan pendengaran dan penglihatan yang baik dan tidak terganggu.
5 Penguasaan bahasa
Murid menguasai bahasa kerana bahasa merupakan alat berfikir dan me¬lahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
Langgan:
Catatan (Atom)