Nama En. Ramzi dan Unit Pengambilan BPG memanglah tidak asing. Saya mula mengenali beliau seawal 1988 lagi ketika sama berkursus kepimpinan khas Maktab Perguruan Se Malaysia di IKBN Pertak. Untuk makluman, di Pertak inilah juga saya bertemu jodoh dengan isteri tersayang. Maknanya isteri saya juga mengenali beliau, maklumlah kursus tu selama tiga minggu. Berbalik kepada En. Ramzi, semasa saya mengikut pengajian peringkat ijazah pertama di UPM sesi 1995-97 saya kebetulan sama satu kursus dengan beliau iaitu PBMP. Seterusnya saya buat Master tahun 2000-01 juga kebetulan satu kelas dengan beliau. Manakala pada tahun 2006 apabila saya hampir tamat pengajian PhD di UKM saya dapati beliau baru mendaftar di fakulti yang sama untuk mengikuti PhD. Jadi begitulah jadual perjalanan antara saya dengan En. Ramzi ini. Minggu lepas, saya dihubungi beliau tentang rayuan anak di IPBA. Tapi, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Tepat jam 5.15 ptg, saya dihubungi dua orang rakan lama iaitu Patarai dan Azlan yang memaklumkan 'Ramzi' telah kembali kerahmatullah kerana masalah jantung. Sepanjang hayat arwah yang saya kenali seorang yang gemar sesuatu yang mencabar. Arwah akan berusaha memperolehinya sedaya upaya di samping seorang yang peramah dan suka menolong. Tapi arwah kuat merokok. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang solehah.. Al-Fatihah..
Rabu, 30 Jun 2010
Ahad, 27 Jun 2010
Menghias kek Hari Bapa
Baru-baru ini, Izzati telah memberi penghormatan kepada saya untuk menghias sendiri kek jenis choc. indulgence cake sempena Hari Bapa. Jadi apa lagi, mulalah saya menulis di atas kek berkenaan... susah juga ek.. terasa kekoknya.. Akhirnya siap juga selepas bertarung kira-kira 5 minit. Hasilnya .... lihatlah.. Lengkap dengan tanda tangan saya sekali di bawahnya.. Saja je nak cuba-cuba...
Jumaat, 25 Jun 2010
Izzati akhirnya mendaftar di UNITEN ..
Pada Sabtu bersamaa 26 Jun 2010 lalu, puteri sulong akan mendaftar masuk ke Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya. Ambil program Kejuruteraan Mekanikal. Sebagai ayah, perasaan tu bercampur gaul. Maklumlah, bermulanya fasa kedua di mana anak mulai belajar di Menara Gading. Gembira tetap ada dan bersyukur saya dan isteri kehadrat Allah SWT kerana diberikan peluang sebegini rupa. Tapi kerisauan tu tetap ada ...
Rabu, 23 Jun 2010
Cerita kelibat dan penampilan 1
Tanggal 28 Jun ni bermulalah kuliah bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester kedua tahun 2010. Tak terkecuali para pensyarahnya juga. Hai.. nampaknya mula sibuk kembali lah selepas berehat selama tiga minggu. Yang pasti sibuk dan meriah ialah kursus WAJ 3104 Literasi BM. Tapi saya kira permulaan semester kali akan berbeza. Ada beberapa 'fenomena' luar biasa telah berlaku dalam kalangan rakan-rakan sekerja di JPM. Pertama, kelibat dan penampilan Pak Tam iaitu rakan sekerja yang sentiasa ceria, akan hadir bertugas tanpa bapa yang sayangi kerana telah kembali kerahmatullah baru-baru ini. Mungkinkah suara-suara mahu berpindah ke IPTO akan kedengar kembali ? Kedua, kelibat dan penampilan Hjh. Rafiah Daud juga akan berbeza di mana beliau telah menjadi sebahagian warga pentadbir penting institut kerana baru dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah yang baru. Ketiga, kelibat dan penampilan Hjh. Mariam yang barangkali dengan tangan beliau yang bersimen kerana terjatuh baru-baru ini. Keempat, kelibat dan penampilan En. Mukhtar yang tawaduk atau seumpamanya kerana baru balik dari menunaikan ibadah umrah. Tapi alhamdulillah, khabarnya En. Mukhtar sempat berdoa depan pintu Kaabah dan sampaikan hajat semua warga JPM untuk diperkenankan Allah SWT ke sana. Atau kelibat dan penampilan Pn. Faiziah Kg. Daching yang gembira kerana rindunya kepada rakan utara yang ditimpa musibah telah terubat ? Tunggu ...... Apapun kami bersaudara, sebangsa dan seagama. Matlamat mahu majukan anak bangsa.
Rai Hari Bapa
Terkejut jugak saya apabila tengah hari Ahad lepas, isteri dan anak-anak ajak keluar jap... Rupa-rupanya ada satu kejutan sebab dia orang nak raikan saya di salah sebuah restoran nasi ayam kat Seremban Centre Point. Apa lagi pulun sakanlah... Anak-anak ambil menu yang ada nasi, tapi saya dan isteri pilih menu tanpa nasi... Maklum, umur dah 40-an ni kenalah jaga kesihatan. Lihatlah gelagat anak-anak tu ....
Hilang stres dan elak kena pukau ...
Cuti tiga minggu ni tak tahu nak buat apa. Jadi masa yang ada saya dan isteri gunakan untuk bersihkan kolam dan tambah koleksi ikan yang ada. Nampaknya, hobi pelihara ikan hiasan ini dalam kolam di halaman rumah boleh mengurangkan stres. Tengok tu kawan-kawan.. banyaknya ikan... Satu lagi, ikan yang dikatakan tak tidur malam ni boleh elakkan ilmu 'hitam' seperti pukau dll. Wallahualam ... Tak percaya cubalah pelihara...!
Selasa, 22 Jun 2010
Jejak Kasih - PSM PM/PS IPSI 1987/89
Sejak kebelakangan ini, usaha untuk menjejaki kawan-kawan lama yang sekelas dengan saya semasa mengikut Kursus Perguruan Asas PSM (PM/PS) tahun 1987/89 mula menunjukkan hasil. Seorang demi seorang dapat dihubungi menerusi Laman Sosial FB. Lihatlah wajah-wajah guru pelatih ketika itu... Gambar saya di kedua-dua gambar berkenaan ialah di baris belakang, paling kanan sekali... Hensom jugak yek ..! Tapi saya teringat kat tutor iaitu Pn. Azizah Ngah Tafsir ngan En. Radzi. Mana dia orang .. yek ?
Rabu, 2 Jun 2010
Pengalaman sebagai promoter di gerai JPM
Rancangan asal saya hendak pakai jubah Ph.D dan masuk ke Balai Kerapatan untuk menyaksikan Istiadat Penganugerahan Diploma Pendidikan kepada para graduan oleh Rektor IPG KPM. Tetapi memandangkan tetamu khas tidak hadir, maka saya membatalkan hasrat tersebut. Masa yang ada digunakan untuk bersama pensyarah JPM dan pelajar PPISMP BM di gerai No. 4. Dengan mengenakan topi tukang masak dan apron sedikit sebanyak dapat menarik ramai pengunjung ke gerai JPM. Apapun terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah JPM. Tuan/puan memang hebat !
Langgan:
Catatan (Atom)