Rabu, 23 Jun 2010

Cerita kelibat dan penampilan 1


Tanggal 28 Jun ni bermulalah kuliah bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester kedua tahun 2010. Tak terkecuali para pensyarahnya juga. Hai.. nampaknya mula sibuk kembali lah selepas berehat selama tiga minggu. Yang pasti sibuk dan meriah ialah kursus WAJ 3104 Literasi BM. Tapi saya kira permulaan semester kali akan berbeza. Ada beberapa 'fenomena' luar biasa telah berlaku dalam kalangan rakan-rakan sekerja di JPM. Pertama, kelibat dan penampilan Pak Tam iaitu rakan sekerja yang sentiasa ceria, akan hadir bertugas tanpa bapa yang sayangi kerana telah kembali kerahmatullah baru-baru ini. Mungkinkah suara-suara mahu berpindah ke IPTO akan kedengar kembali ? Kedua, kelibat dan penampilan Hjh. Rafiah Daud juga akan berbeza di mana beliau telah menjadi sebahagian warga pentadbir penting institut kerana baru dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah yang baru. Ketiga, kelibat dan penampilan Hjh. Mariam yang barangkali dengan tangan beliau yang bersimen kerana terjatuh baru-baru ini. Keempat, kelibat dan penampilan En. Mukhtar yang tawaduk atau seumpamanya kerana baru balik dari menunaikan ibadah umrah. Tapi alhamdulillah, khabarnya En. Mukhtar sempat berdoa depan pintu Kaabah dan sampaikan hajat semua warga JPM untuk diperkenankan Allah SWT ke sana. Atau kelibat dan penampilan Pn. Faiziah Kg. Daching yang gembira kerana rindunya kepada rakan utara yang ditimpa musibah telah terubat ? Tunggu ...... Apapun kami bersaudara, sebangsa dan seagama. Matlamat mahu majukan anak bangsa.