Rabu, 30 Jun 2010

Ramzi Othman Unit Pengambilan BPG dalam kenangan ...

Nama En. Ramzi dan Unit Pengambilan BPG memanglah tidak asing. Saya mula mengenali beliau seawal 1988 lagi ketika sama berkursus kepimpinan khas Maktab Perguruan Se Malaysia di IKBN Pertak. Untuk makluman, di Pertak inilah juga saya bertemu jodoh dengan isteri tersayang. Maknanya isteri saya juga mengenali beliau, maklumlah kursus tu selama tiga minggu. Berbalik kepada En. Ramzi, semasa saya mengikut pengajian peringkat ijazah pertama di UPM sesi 1995-97 saya kebetulan sama satu kursus dengan beliau iaitu PBMP. Seterusnya saya buat Master tahun 2000-01 juga kebetulan satu kelas dengan beliau. Manakala pada tahun 2006 apabila saya hampir tamat pengajian PhD di UKM saya dapati beliau baru mendaftar di fakulti yang sama untuk mengikuti PhD. Jadi begitulah jadual perjalanan antara saya dengan En. Ramzi ini. Minggu lepas, saya dihubungi beliau tentang rayuan anak di IPBA. Tapi, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Tepat jam 5.15 ptg, saya dihubungi dua orang rakan lama iaitu Patarai dan Azlan yang memaklumkan 'Ramzi' telah kembali kerahmatullah kerana masalah jantung. Sepanjang hayat arwah yang saya kenali seorang yang gemar sesuatu yang mencabar. Arwah akan berusaha memperolehinya sedaya upaya di samping seorang yang peramah dan suka menolong. Tapi arwah kuat merokok. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang solehah.. Al-Fatihah..