Khamis, 29 April 2010
Penglipurlara JPM
LPS SK Kg. Daching
Hari ini 29 April 2010, saya buat kali ketiga hadir ke SK Kampong Daching sebagai fasilitator LPS bertajuk 'Membina Laman Web'. Saya suka suasana sekolah ini, bersih dan indah. Malah guru dan muridnya ramah dan bersopan santun. Pesanan buat Cikgu Ridzuan (bekas pelajar saya semasa KPLI dulu), tak salah kalau cikgu menghambakan diri di sekolah ini. Belajar seberapa banyak ilmu dan pengalaman daripada Cikgu Amran Bakar. Apa pun tahniah di atas penganjuran LPS dan sudi menjemput saya.
Isnin, 26 April 2010
Lagi KPKI IPG Raja Melewar ke Segamat
Siri KPKI ke-5 akan menemui guru-guru daerah Segamat Johor pada 5 hingga 7 Mei 2010 akan datang ini. Kali ini melibatkan team Dr. Maridah, Dr. Maria, Pn. Manis dan En. Rahim Ismail. Tajuk KPKI Komsas dalam P&P Bahasa Malaysia. Tahniah kepada semua.
Ahad, 25 April 2010
Tahniah Izzati
Selasa, 20 April 2010
Mengoca dan Stres
Apabila saya membuat kenyataan di Utusan Malaysia baru-baru ini, reaksinya adalah dua tiga orang rakan bertanya 'Betul ke, Dr.?' Jawapan saya jelas iaitu 'Betul'. Apa tidaknya, kenyataan tersebut memang ada asasnya. Saya mengesan sekurang-kurangnya apa tiga tahap yang saya kenalpasti bahawa aktiviti 'mengoca' boleh menangani stres. Pertama, semasa memegang ikan sembilang yang licin dan berselut. Aliran elektik yang berlebihan yang menjadi punca stres akan dapat dipindahkan ke badan ikan. Kedua, geselan badan ikan sembilang di kaki akan menyebabkan 'geli' di mana geli akan mengurangkan darjah stres seseorang. Manakala ketiga, proses gelak ketawa, jeritan dan sorakan terkawal boleh membantu seseorang melupakan masalah yang sedang dialami. Justeru, marilah kita ke Homestay Lonek untuk merasai nikmat 'mengoca' sebagai kaedah menangani stres yang mudah, murah dan mesra alam.
Sepakat membawa berkat
Keistimewaan warga Jabatan Pengajian Melayu adalah muafakat dan sepakat membawa berkat. Kerjasama dalam melaksanakan apa yang telah dirancang bukan dicincang. Kalau ada masalah, sama-sama kita tangani dan bukan dicaci. Kalau ada program jabatan, kita sama-sama jayakan. Tiada hasat dengki malah berani dan berdikari, berperangsangka baik bukannya mencari perkara yang pelik. Itulah hebatnya ikatan kekeluargaan warga JPM. Tahniah dan teruskan identiti begini.
Seronok ajar guru nyanyi dan buat laman blog
Prinsip saya ialah buat sesuatu biarlah yang terbaik, kalau tidak tak payah buat. Saya buat perbandingan antara dua KPKI yang saya terlibat sebagai fasilitator iaitu di Segamat, Johor dan di LDP IPG Raja Melewar. Dalam kedua-dua KPKI, jelas keseronokan, kepuasan dan keriangan terpancar dalam setiap diri peserta kursus. Satu lagi, apabila mereka pulang ke sekolah setidak-tidaknya adalah 'perkara' baru yang boleh digunakan sama ada dalam kelas atau semasa LPS masing-masing. Justeru tahniah kepada team didik hibur dan team e-kamus/e-learning. Jangan bimbang untuk lakukan perubahan dan sampaikan hanya yang terbaik sahaja.
Pengakap Oh.. Pengakap
Sebenarnya saya sayangkan pengakap, tapi hati tu memencak-memencak nak tinggalkan pergerakan ini yang dah sekian lama diceburi. Bukannya apa, sebab saya kini banyak tugas penting yang perlu dibuat sebagai Ketua Unit Pengajian Melayu. Kalau tak silap, saya terima manikayu 2 bit pada tahun 1985 di daerah Pontian. Masa tu pesuruhjaya daerah Hj. Ismail bin.. tak pasti. Apapun, terima kasih kepada semua rakan-rakan di gerko pengakap terutama team KLM14.
Jumaat, 9 April 2010
Kuching bandaraya unik dan menarik untuk dilawati
Perjalanan saya ke Kuching baru-baru ini menaiki pesawat Air Asia dari LCCT ke LTAK agak membosankan juga. Maklumlah tempoh 1 jam 45 minit tu lama gak bagi orang akademik seperti saya ni. Nak buka t/top tak boleh. Kalau boleh pun barangkali sukar sebab terpaksa buka tempat simpang barang di atas tempat duduk. Nak dengar lagu dari h/p pun tak boleh sebab semua peralatan elektronik yang mengeluarkan gelombang tidak dibenarkan. Lantas mengambil keputusan untuk tidur dan sesekali bila terjaga, sekadar melihat gelagat pramugari/a yang bergerak ke depan dan belakang sambil melakukan tugas masing-masing. Tapi pembesar suara dalam pesawat memang tak pernah sepi sebab ada sahaja pengumuman demi pengumuman dibuat sama ada secara terus menerus atau rakaman. Perjalanan kali ini saya berpeluang duduk dikerusi paling hadapan sekali iaitu 1A, jadi nampaklah gelagat anak kapal berkenaan. Sesekali saya curi pandangan untuk melihat ke bawah menerusi jendela pesawat walaupun perasaan 'gayat' tu memang ada. Boleh dikatakan 80% perjalanan memaparkan panorama Laut China Selatan yang terbentang luas. Kelihatan sayup-sayup kapal satu atau dua buah. Apa pun boleh saya rumuskan dalam ungkapan berikut "Kuching mempunyai daya tarikan tersendiri yang menarik serta menjanjikan panorama yang unik. Jemputlah berkunjung ke sana. Cuti-cuti Satu Malaysia".
Langgan:
Catatan (Atom)