Apabila saya membuat kenyataan di Utusan Malaysia baru-baru ini, reaksinya adalah dua tiga orang rakan bertanya 'Betul ke, Dr.?' Jawapan saya jelas iaitu 'Betul'. Apa tidaknya, kenyataan tersebut memang ada asasnya. Saya mengesan sekurang-kurangnya apa tiga tahap yang saya kenalpasti bahawa aktiviti 'mengoca' boleh menangani stres. Pertama, semasa memegang ikan sembilang yang licin dan berselut. Aliran elektik yang berlebihan yang menjadi punca stres akan dapat dipindahkan ke badan ikan. Kedua, geselan badan ikan sembilang di kaki akan menyebabkan 'geli' di mana geli akan mengurangkan darjah stres seseorang. Manakala ketiga, proses gelak ketawa, jeritan dan sorakan terkawal boleh membantu seseorang melupakan masalah yang sedang dialami. Justeru, marilah kita ke Homestay Lonek untuk merasai nikmat 'mengoca' sebagai kaedah menangani stres yang mudah, murah dan mesra alam.