Selasa, 1 Julai 2014

Jenis-jenis bacaan

1 Bacaan mekanis Bacaan mekanis ialah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran. 2 Bacaan mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah, iaitu di¬laksanakan dalam hati tanpa suara setelah murid menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat, idea atau buah fikiran. 3 Bacaan intensif Bacaan intensif ialah bacaan secara mendalam yang dilaksanakan dengan tujuan memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembangkan pembelajaran bahasa murid; memberikan penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembangkan per¬bendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembangkan usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelebihan latihan. 4 Bacaan ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan murid mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.