Sistem Bunyi Bahasa Melayu
Bahasa Melayu
mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur
dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya
terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi
bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN
FUNGSINYA
1.
|
Bibir atas
|
11.
|
Tengah lidah
|
2.
|
Bibir bawah
|
12.
|
Belakang lidah
|
3.
|
Gigi atas
|
13.
|
Akar lidah
|
4.
|
Gigi bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita suara
|
6.
|
Lelangit keras
|
16.
|
Rongga tekak
|
7.
|
Lelangit lembut
|
17.
|
Rongga Hidung
|
8.
|
Anak tekak
|
18.
|
Rongga mulut
|
9.
|
Hujung lidah
|
19.
|
Rahang
|
10.
|
Hadapan lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
FUNGSI ALAT
PERTUTURAN
Lidah
Lidah ialah alat
artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.
Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah
dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi
vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif
dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan
dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya
yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat
artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada
otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar
daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang
keluar daripada rongga mulut.
Gusi
Gusi merupakan
bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ
ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga
mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga
mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus
ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan
keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup
dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
Rongga
Hidung
Terletak di atas
rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau
ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita suara terletak
dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses
pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang
terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil
apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau
himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga
mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal
dapat dilihat seperti berikut:
PENGHASILAN BUNYI
VOKAL
Vokal Depan Sempit
(i)
Untuk
mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh
lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut
diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh
menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh: bilik, titik,
ipar, jari, cari
Vokal Depan Separuh
Sempit (e)
Untuk
menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge,
bendi, elok
Vokal Depan Separuh
Luas
Untuk
mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa
mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).
Contoh: tauke, gelek,
gesek, gerek
Vokal Depan Luas (
a)
Untuk mengeluarkan
bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut
berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.
Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan
(e).
Contoh: anak,
pandai, landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit
(u)
Dihasilkan dengan
mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang
aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat,
undang, udang, ulang
Vokal Separuh Sempit
( o )
Dihasilkan dengan
menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat
yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo,
polo, toko, orang
Vokal Belakang
Separuh Luas
Dihasilkan apabila
belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir
turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan
meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah
dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.
Contoh: enam, empat,
kenduri, gerai
DIFTONG
Gabungan bunyi
vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran
bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang
lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai): sampai,
salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau,
silau, garau, surau, pukau
c. (oi): amboi,
dodoi, adoi, sepoi, boikot.