Isnin, 3 Mei 2010

Kumpul hantar adik ke KLIA

Pada malam 21 April lalu, kami sekeluarga berkumpul di Balai Berlepas KLIA untuk mengucapkan selamat jalan kepada adik dan keluarganya yang melanjutkan pelajaran ke Australia. Hadir sama ayahanda Hj. Mohamed Awang dan bonda Hjh. Mariam Parlan. Walaupun duduk di kerusi roda, semangat untuk turut serta mengatasi segalanya. Semoga Izzati akan mengikuti kemudian.