Rabu, 23 Jun 2010

Cerita kelibat dan penampilan 1


Tanggal 28 Jun ni bermulalah kuliah bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester kedua tahun 2010. Tak terkecuali para pensyarahnya juga. Hai.. nampaknya mula sibuk kembali lah selepas berehat selama tiga minggu. Yang pasti sibuk dan meriah ialah kursus WAJ 3104 Literasi BM. Tapi saya kira permulaan semester kali akan berbeza. Ada beberapa 'fenomena' luar biasa telah berlaku dalam kalangan rakan-rakan sekerja di JPM. Pertama, kelibat dan penampilan Pak Tam iaitu rakan sekerja yang sentiasa ceria, akan hadir bertugas tanpa bapa yang sayangi kerana telah kembali kerahmatullah baru-baru ini. Mungkinkah suara-suara mahu berpindah ke IPTO akan kedengar kembali ? Kedua, kelibat dan penampilan Hjh. Rafiah Daud juga akan berbeza di mana beliau telah menjadi sebahagian warga pentadbir penting institut kerana baru dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah yang baru. Ketiga, kelibat dan penampilan Hjh. Mariam yang barangkali dengan tangan beliau yang bersimen kerana terjatuh baru-baru ini. Keempat, kelibat dan penampilan En. Mukhtar yang tawaduk atau seumpamanya kerana baru balik dari menunaikan ibadah umrah. Tapi alhamdulillah, khabarnya En. Mukhtar sempat berdoa depan pintu Kaabah dan sampaikan hajat semua warga JPM untuk diperkenankan Allah SWT ke sana. Atau kelibat dan penampilan Pn. Faiziah Kg. Daching yang gembira kerana rindunya kepada rakan utara yang ditimpa musibah telah terubat ? Tunggu ...... Apapun kami bersaudara, sebangsa dan seagama. Matlamat mahu majukan anak bangsa.

Rai Hari Bapa


Terkejut jugak saya apabila tengah hari Ahad lepas, isteri dan anak-anak ajak keluar jap... Rupa-rupanya ada satu kejutan sebab dia orang nak raikan saya di salah sebuah restoran nasi ayam kat Seremban Centre Point. Apa lagi pulun sakanlah... Anak-anak ambil menu yang ada nasi, tapi saya dan isteri pilih menu tanpa nasi... Maklum, umur dah 40-an ni kenalah jaga kesihatan. Lihatlah gelagat anak-anak tu ....

Hilang stres dan elak kena pukau ...


Cuti tiga minggu ni tak tahu nak buat apa. Jadi masa yang ada saya dan isteri gunakan untuk bersihkan kolam dan tambah koleksi ikan yang ada. Nampaknya, hobi pelihara ikan hiasan ini dalam kolam di halaman rumah boleh mengurangkan stres. Tengok tu kawan-kawan.. banyaknya ikan... Satu lagi, ikan yang dikatakan tak tidur malam ni boleh elakkan ilmu 'hitam' seperti pukau dll. Wallahualam ... Tak percaya cubalah pelihara...!

Selasa, 22 Jun 2010

Jejak Kasih - PSM PM/PS IPSI 1987/89


Sejak kebelakangan ini, usaha untuk menjejaki kawan-kawan lama yang sekelas dengan saya semasa mengikut Kursus Perguruan Asas PSM (PM/PS) tahun 1987/89 mula menunjukkan hasil. Seorang demi seorang dapat dihubungi menerusi Laman Sosial FB. Lihatlah wajah-wajah guru pelatih ketika itu... Gambar saya di kedua-dua gambar berkenaan ialah di baris belakang, paling kanan sekali... Hensom jugak yek ..! Tapi saya teringat kat tutor iaitu Pn. Azizah Ngah Tafsir ngan En. Radzi. Mana dia orang .. yek ?

Rabu, 2 Jun 2010

Pengalaman sebagai promoter di gerai JPM


Rancangan asal saya hendak pakai jubah Ph.D dan masuk ke Balai Kerapatan untuk menyaksikan Istiadat Penganugerahan Diploma Pendidikan kepada para graduan oleh Rektor IPG KPM. Tetapi memandangkan tetamu khas tidak hadir, maka saya membatalkan hasrat tersebut. Masa yang ada digunakan untuk bersama pensyarah JPM dan pelajar PPISMP BM di gerai No. 4. Dengan mengenakan topi tukang masak dan apron sedikit sebanyak dapat menarik ramai pengunjung ke gerai JPM. Apapun terima kasih kepada rakan-rakan pensyarah JPM. Tuan/puan memang hebat !

Isnin, 31 Mei 2010

Gelagat anak dan isteri di dua pasar ...



Dua pasar yang dimaksudkan ialah Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu dan Pasar Payang di Kuala Terengganu. Lihatlah gelagat anak-anak hingga ke isteri tersayang. Beli stok banyak-banyak sebab nak bisnes nasi lemak cuti sekolah nanti. Gambar ini dirakamkan sempena Hari Keluarga JPM pada 27-30 Mei 2010 lalu.

Terima kasih pelajar PPISMP Mat.


Seronok dapat berkunjung ke rumah Liana di Jalan Pengkalan Kubur. Apa pun terima kasih warga JPM khas buat En. Zainal (ayahanda Liana) dan keluarga kerana sudi menjemput kami ke rumah beliau. Didoakan semoga En. Zainal sekeluarga berada dalam perlindungan Allah dan sihat sejahtera. Kepada pelajar lain yang turut serta, terima kasih dari saya terutama kepada Fakrul.

Selasa, 25 Mei 2010

Harapan yang tinggal harapan ...


Walaupun Izzati tidak berjaya mendapat biasiswa MARA untuk ke luar negara, namun hati kecil masih mengharapkan sesuatu 'kuasa ajaib' yang boleh mengubah keputusan. Doa dan solat hajat kepada Allah SWT dipohon. Apa pun setiap yang berlaku ada hikmahnya. Wassalam.

Jumaat, 7 Mei 2010

Mungkinkah lambaian UKM kembali berulang

Sejak seminggu dua ini, emosi saya tidak begitu terurus. Barangkali juga kerana penat bekerja. Tapi isu utama kerana terlalu memikirkan antara rezeki, takdir dan ikhtiar manusia. Sebagai khalifah di muka bumi ini, saya mempunyai tanggung jawab kepada Allah SWT, sesama manusia, alam dan diri sendiri. Ya, kepada diri sendiri itulah yang sedang saya fikirkan secara serius. Justeru saya mula membuat perkiraan kasar bahawa mungkinkan saya akan kembali memilih UKM sebagai kerjaya dalam tempoh yang singkat ini.

Khamis, 6 Mei 2010

Cendol Segar Amat


Rupa-rupanya 'Segamat' terkenal dengan Cendol dan Laicikang Istimewanya. Saban hari para pengunjung akan mencari kedua-dua minuman ini apabila berkunjung di daerah ini yang letaknya di utara negeri Johor dan paling selatan Negeri Sembilan. Daerah ini juga terkenal sebagai syurga membeli belah pelbagai kain di Jakel Trading dan tudung dari pelbagai reka bentuk dan harga. Jom... Jalan-jalan Cari Makan - berkunjunglah ke Segamat.

Rabu, 5 Mei 2010

Komsas dalam BM di Segamat

Seramai 25 orang guru Bahasa Malaysia sekolah-sekolah daerah Segamat telah mengikuti KPKI siri 5 bertajuk 'Penghayatan Komsas dalam pengajaran Bahasa Malaysia' di Bilik Komputer Sek. Keb. Temenggung Abd. Rahman Segamat. Kursus kendalian Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Raja Melewar telah disampaikan oleh tiga orang pensyarah berpengalaman Dr. Maridah Alias, Pn. Siti Normaniseh Zakaria dan En. Abd. Rahim Ismail. Dalam ucapan saya sempat berpesan kepada para peserta supaya menyegerakan LPS di sekolah agar tidak lupa.

Selasa, 4 Mei 2010

Biasanya saya menyelia guru pelatih di sekolah rendah sahaja, tepi untuk semester pertama tahun 2010 ini saya berpeluang menyelia praktikum di sekolah menengah. Sekolah yang dimaksudkan adalah Sek. Menengah Agama Telok Kemang, P. Dickson. Tiada apa perbezaan yang ketara cuma murid-muridnya sahaja yang berbeza iaitu 'budak besar'. Tahniah Cikgu Nor Suriati Sudin yang berjaya menamatkan tempoh praktikum dengan cemerlang.